|
- Kelab Bowling
- Kelab Renang
- Kelab Rekreasi
- Kelab Pengakap
- Kelab Pencinta Alam
» KELAB BOWLING
Kelab Boling Tenpin PPKP telah ditubuhkan pada tahun 2003.Semua
pelajar PPKP adalah ahli kelab secara automatik. Tiada yuran
dikenakan. Aktiviti boling tenpin diadakan hari Rabu pada
minggu ketiga setiap bulan. Aktiviti ini diadakan di Star
Bowl Tingkat 5, Kompleks Desa Kepong. Jadual aktiviti ini
bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Aktiviti yang
dijalankan adalah seperti latihan asas membaling bola, membaling
bola dengan bantuan pagar dan tanpa pagar. Sebelum aktiviti
permainan dimulakan guru penasihat akan melakukan aktiviti
senaman ringan sebagai aktiviti pemanasan badan. Pelajar akan
dibahagikan dalam 8 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri 6 orang
pemain termasuk seorang pengawas serta seorang guru sebagai
pembimbing. Guru yang bertugas akan bertanggungjawab untuk
membimbing pelajar (pengawas) untuk memasukan nama pemain
dalam kumpulan. Pengawas yang dilantik juga akan bertanggungjawab
untuk membantu rakan pemain memilih bola yang sesuai bagi
kumpulan mereka. Mereka juga dilatih untuk mendapatkan kasut
di kaunter. Setiap kali perjumpaan, acara pertandingan dalam
kumpulan diadakan bagi memupuk semangat kesukanan.
» KELAB RENANG
Kelab Renang PPKP SMK Sinar Bintang telah ditubuhkan pada
tahun 2000. Jumlah ahli kelab pada permulaan penubuhan kelab
adalah seramai 16 orang dan bilangannya semakin bertambah
dari setahun ke setahun. Objektif mengadakan aktiviti berenang
ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar PPKP
di sekolah ini mempelajari teknik-teknik menjaga keselamatan
diri di dalam air, membantu pelajar-pelajar istemewa ini di
dalam perkembangan 'psikomotor'. Selain itu, ia juga merupakan
aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan bernilai bagi membantu
pelajar-pelajar di dalam perkembangan sosial dan mengekalkan
kesihatan pada masa depan.
» KELAB REKREASI
Kelab Rekreasi PPKP merupakan sebuah kelab yang bergerak
aktif mengadakan pelbagai aktiviti rekreasi dan lawatan.Kelab
ini ditubuhkan bertujuan membantu para pelajar PPKP mengembangkan
kemahiran bersosialisasi, berdikari serta menyerlahkan potensi
diri, bakat dan daya kreativiti mereka sebagai seorang individu
dan ahli masyarakat yang seimbang dan proaktif. Selain itu,
kelab ini juga dapat membantu mereka mengoptimakan diri dari
segi jasmani, emosi, rohani dan dan keintelektualan (JERI).
» KELAB PENGAKAP
» KELAB PENCINTA ALAM
Kelab Pencinta Alam PPKP merupakan salah satu kelab yang
bergerak secara proaktif di bawah Program Pendidikan Khas
Pembelajaran SMKSB. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun
2002 dan ahli kelab ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar
pendidikan khas di sekolah ini. Bilangan ahli kelab pada permulaannya
terdiri daripada enam belas orang dan kini bilangan ahlinya
telah meningkat secara mendadak tahun demi tahun.
|