|
PKBP adalah singkatan dari Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran
Program Pendidikan Khas Pembelajaran
adalah sebuah program intergrasi yang diadakan untuk memenuhi
keperluan pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berkeperluan
pendidikan khas. Program ini bermula beroperasi di SMK Sinar
Bintang pada 6 Januari 2002 dengan bilangan enrolmen pelajar
seramai 15 orang. Pelajar-pelajar ini adalah mereka yang didiagnos
oleh pakar perubatan sebagai mengalami autisme, sindrom down,
spastic, hiperaktif, hipoaktif, terencat akal sederhana dan
sebagainya.
Pada awal pembukaannya seramai
5 orang guru dan seorang penyelaras mengendalikan program
ini. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 4 buah kelas. Pada
tahun 2005 bilangan guru telah pun bertambah kepada 9 orang
dan pelajarnya 42 orang. Sebanyak 6 buah kelas dibuka termasuklah
1 kelas untuk pelajar yang mengambil PMR. Seramai 8 orang
pelajar mengambil PMR dan ia merupakan bilangan yang teramai
berbanding pada tahun 2004 iaitu hanya seorang pelajar sahaja.
Sekarang bilangan pelajar telah meningkat menjadi seramai
50 orang.
Mereka mengikut sukatan pelajaran
yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan pendidikan khas setiap
pelajar. Mata pelajaran Kemahiran Hidup seperti memasak, berkebun,
menjahit dan pertukangan diberikan penekanan yang lebih berbanding
dengan mata pelajaran-mata pelajaran akademik yang lain. Seramai
5 orang pelajar lepasan PMR telah mengikuti program inklusif
Matapelajaran Vokasional (MPV). Dua orang pelajar lepasan
PMR telah berjaya mendapat tempat di Sekolah Menengah Vokasional
Pendidikan Khas di Indahpura, Johor.
Aktiviti ko-kurikulum juga dijalankan
seperti Kelab Tenpin Boling, Kelab Renang, Kelab Pencinta
Alam dan unit beruniform Pengakap. Aktiviti ini dijalankan
pada setiap hari Rabu setiap minggu.
Aktiviti Rekreasi luar dan lawatan
juga diadakan mengikut takwim tahunan yang dirancang.
Falsafah Pendidikan
Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah
satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Visi
Membentuk generasi berbudaya
ilmu bertaqwa, berdaya maju dan berwawasan.
Misi
Menyediakan Pendidikan berkualiti
kepada pelajar-pelajar dengan keperluaan khas yang menjadikan
mereka insan yang boleh berdikari, berjaya dalam hidup serta
dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.
- Memberi perkhidmatan yang adil dalam
pengajaran & pembelajaran yang kondusif.
- Melaksankan tugas dengan bersih, cekap
dan amanah demi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
- Memberi layanan dan perkhidmatan yang
terbaik kepada warga sekolah dan ibu bapa/ penjaga.
- Menyediakan satu bidang pengurusan
kemahiran hidup bagi kanak-kanak pendidikan khas untuk berdikari.
- Menyediakan kemudahan dan kelengkapan
luaran & dalaman yang selesa, selamat dan berkualiti.
- Membantu menyediakan keperluan teks
Braille dan peralatan yang mencukupi.
- Mempertingkatkan kemahiran social dan
kecekapan mobility.
- Melahirkan pelajar pendidikan khas
yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
|