Hyper Link
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Bestari
menarailmu
CikguNet
Teknologi Maklumat
SchoolNet
Webmail Login
Username

nama@smksb.edu.my
Password
Note:
Your Username is usually your email address.

 

Selamat Datang


Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang terletak di kawasan perumahan Sri Bintang dan berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Kepong. Semenjak awal penubuhannya, sekolah ini telahpun dipimpin oleh empat orang pengetua. Pelbagai kejayaan telah dicapai bermula dari awal penubuhannya. Ini kerana hasil daripada sokongan dan kerjasama dari semua pihak seperti para guru, ibu bapa dan murid-murid sendiri. Kejayaan ini turut dibantu oleh kecekapan kakitangan sekolah yang sentiasa berusaha untuk terus maju ke hadapan.

 
SEPTEMBER 2011



Pelbagai aktivti dijalankan sepanjang September ini. Antara aktiviti yang bakal berlangsung


- Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
- Pepeiksaan Percubaan SPM sedang berlangsung.
-Latih tubi dan Bengkel untuk murid-murid Tingkatan 3

 

::SALAM AIDILFITRI::


 

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMKSB khasnya dan seluruh muslimin dan muslimat amnya.

Aidilfitri menjelma setahun sekali,
Tua muda menyambut penuh berseri,
Ucapan diutus pengganti diri,
Tanda tulusdari hati.

SALAM AIDILFITRI


 

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011



Majlis Anugerah Cemerlang diadakan untuk meraikan kejayaan warga SMKSB di atas pencapaian akademik yang diperolehi sepanjang tahun 2010. Anugerah Cemerlang yang diberikan diharapkan agar dapat menjadi inisiatif kepada murid - murid untuk lebih berusaha mengekalkan kecemerlangan akademik mereka.

Anugerah ini memberi tumpuan kepada pencapaian murid-murid dalam PMR dan SPM yang baru diumumkan pada 26 Mac yang lalu.

Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat hadir untuk memeriahkan lagi suasana majlis ini.

PROGRAM INFORMATION COMMUNICATION AND TECHNOLOGY LITERASY (ICTL).


Program ICTL adalah sebuah program yang dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sesi petang mengenai penggunaan komputer dengan lebih efektif.

Program ini dilaksanakan diluar jadual waktu P&P dan murid dikehendaki hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 
eXTReMe Tracker
SMK Sinar Bintang Jalan 34/38A, Taman Sri Bintang 52100 Segambut, Kuala lumpur
No. Tel : 0362733702 No. Fax : 0362778964 E-mel :info@smksb.edu.my